Matlamat pengajaran Islam yang utama ialah untuk membina sebuah masyarakat yang harmoni. Hal ini kerana matlamat atau tujuan manusia yang lebih tinggi tidak boleh dicapai tanpa wujudnya suasana persekitaran yang aman dan damai dalam sesebuah kawasan atau penempatan itu. Pengembangan spritual dan juga moral setiap individu hanya boleh berlaku dalam persekitaran yang aman . Oleh itu, suasana yang aman dalam sesebuah penempatan masyarakat adalah sangat penting untuk pembinaan masyarakat yang baik.
Pelbagai penyelidikan dan pembangunan (R&D) hanya boleh dilakukan dalam keadaan yang aman. Malah tugas dakwah boleh dilakukan hanya dalam suasana yang aman . Itulah sebabnya mengapa salah satu pengajaran Islam mementingkan keamanan dan perdamaian. Sebagaimana ayat "mengadakan perdamaian itu adalah lebih baik" (Surah al Nisaa', ayat 128). Dalam hubungan ini, Islam memerintahkan kita supaya menegakkan keamanan dalam keadaan apa sekalipun, bahkan pada tahap suatu pihak itu terpaksa berkorban dan bersabar.
Sejarah Islam pada peringkat permulaannya, banyak menyediakan contoh dan peristiwa bagaimana semangat pengorbanan dalam sesebuah pihak atau kumpulan. Hakikat ini berlaku dalam perjanjian yang dikenali sebagai "Perjanjian Hudaibiyyah". Kenyataan ini benar, dan ianya merupakan satu perjanjian perdamaian yang menyelamatkan keadaan dengan menerima semua tuntutan kumpulan musuh.
Pembawaan kepada suasana keamanan dalam sesebuah masyarakat, Islam telah memberi banyak arahan ataupun perintah. Sebagai contoh, Rasulullah bersabda bahawa "orang Islam itu ialah mereka yang sejahtera sekalian orang Islam daripada (bahaya ancaman) lidah dan tangannya," (Riwayat Bukhari). Dalam suatu hadith yang lain Rasulullah s.a.w. bersabda "demi Allah tidak sempurna iman, demi Allah tidak sempurna iman, demi Allah tidak sempurna iman, lalu ditanya, siapa (yang tidak sempurna imannya) wahai Rasulullah? Jawab baginda: iaitu orang yang tidak memberi ketenteraman kepada jirannya dengan sebab kejahatan yang dilakukannya." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Antara matlamat Islam kepada penganutnya adalah bertujuan untuk membentuk semua individu agar berkasih sayang antara satu sama lain. Justeru, kita perlu berfikir, mengapa kita diperintahkan untuk menyebarkan salam dengan ucapan "Assalamualaikum" iaitu kesejahteraan ke atas kamu. Sudah tentu ianya ingin menimbulkan kasih persaudaraan dan kesejahteraan sesama orang Islam.
Menurut sabda Nabi s.a.w. dalam satu hadith yang lain bahawa "orang Islam yang paling baik ialah menyebarkan salam apabila bertemu, sama ada dia kenal atau tidak orang itu."
Pengulangan salam ini iaitu "Assalamualaikum" adalah kenyataan sebenar terjemahan daripada perasaan kedamaian yang ada dalam hati seseorang. Islam mahu menanamkan perasaan ini dalam setiap individu bahawa dia patut menjadi orang yang benar-benar pencinta keamanan, bertitik tolak bahawa perasaan ini bermula daripada hatinya dan diluahkan apabila dia bertemu dengan seseorang.
Islam adalah agama kasih-sayang daripada mula ia diwahyukan hingga ke akhirnya. Hal ini adalah kerana agama Islam itu merupakan agama yang sentiasa mengajak manusia ke arah perdamaian. Demikianlah ditegaskan dalam Islam bahawa sebagai umat Muhammad , hendaklah sentiasa mengajak semua peringkat manusia supaya sentiasa hidup dalam keadaan aman damai bagi mencapai matlamat yang lebih besar.
Landasan keharmonian dan keamanan ini diikuti oleh semua makhluk semesta alam. Dalam istilah sains, ia dikenali sebagai undang-undang alam, yang diaturkan oleh Allah S.W.T. Semua orang yang hidup di dunia ini terpaksa mengikut landasan ini mengikut kehendaknya sendiri. Hal ini dinyatakan oleh Allah di dalam al-Quran yang bermaksud: "Apakah mereka mencari agama yang lain daripada agama Allah, padahal kepada-Nyalah berserah diri segala apa yang di langit dan di bumi, baik dengan suka maupun terpaksa dan hanya kepada Allahlah mereka dikembalikan." (Surah Ali Imran, ayat 83).
Al-Quran telah menjelaskan kepada kita bahawa "Tidaklah mungkin bagi matahari mendapatkan bulan dan malam pun tidak dapat mendahului siang. Dan masing-masing beredar pada garis edarnya." (Surah Yaasin, ayat 40) .
Apabila Allah menciptakan langit dan bumi, Dia juga memerintahkan benda-benda lain bahawa masing-masing harus melaksanakan tugasnya dengan selamat tanpa pertembungan antara satu sama lain. Selama berbilion-bilion tahun, seluruh alam telah memenuhi tugasnya dengan harmoni sekali dengan peraturan Tuhan.
Keamanan bukanlah suatu benda luaran yang boleh dipakai oleh manusia secara tempelan. Keamanan adalah sifat semulajadi yang ada dalam diri manusia itu sendiri. Sistem alam yang ditetapkan oleh Allah dalam keadaan yang selamat dan aman. Jika sistem ini tidak diganggu, pasti ianya akan terus tetap berada dalam keadaan demikian demi mematuhi perintah Allah. Maka, jelaslah di sini bahawa untuk memelihara sistem hidup manusia atas landasan keamanan adalah melalui penjagaan yang bebas daripada unsur-unsur perpecahan.
Sebagaimana al-Quran menyatakan "... dan janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi sesudah Tuhan memperbaiknya." (Surah al A"raaf, ayat 85).
Penjagaan dan pemeliharaan keamanan, adalah dua perkara pokok yang telah digariskan oleh Islam. Pertama, di peringkat individu itu sendiri iaitu menekankan tentang amalan bersabar, dan satu lagi di peringkat masyarakat iaitu melarang daripada melakukan perbuatan yang ditegah dan dimurkai.
Tindakan-tindakan negatif pada segelintir pihak individu adalah faktor terbesar yang menyebabkan runtuhnya keamanan dalam kehidupan seharian. Perkara sedemikian seringkali terjadi dalam sesebuah masyarakat, kepahitan yang dialami oleh seseorang akan melibatkan orang lain pula. Dalam hubungan ini, jika seseorang bertindak secara negatif, perkara itu akan merebak seterusnya membawa kepada keretakan dan perpecahan. Sebab itulah Islam menekankan umatnya secara berulangkali dalam seruannya supaya mengikuti landasan kesabaran. Firman Allah dalam Surah Al- Zumar, ayat 10 bermaksud: "Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas."
Oleh kerana anugerah kesabaran itu begitu besar, maka kesabaran itu adalah unsur utama dalam memelihara sistem Allah iaitu keamanan. Dalam perintah yang lain, rangka kerja untuk memelihara keamanan dalam masyarakat manusia ialah dengan melarang melakukan tindakan menyerang orang lain. Tidak ada seorangpun dalam Islam suka melakukan tindakan menyerang terhadap muslim yang lain. Hal ini kerana manusia itu diciptakan dengan fitrah cintakan keamanan. Sekalipun mereka ini melakukan tindakan terkutuk itu, sudah tentu tidak ada tempat bagi mereka di sisi Allah.
Sebagaimana firman Allah bermaksud: "Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, (tetapi) janganlah kamu melampaui batas, kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas." (Surah al Baqarah, ayat 190).
Hanya terdapat satu jenis serangan yang dibenarkan dalam Islam iaitu peperangan mempertahankan diri. Jika sesebuah negara melencong daripada dasar-dasar tabii (keluar daripada landasan keamanan), dengan melakukan serangan ke atas negara lain, maka serangan mempertahankan diri seumpama ini diharuskan oleh negara yang diserang dengan syarat-syarat tertentu. Ringkasnya, Islam adalah agama perdamaian. Perkataan Islam itu sendiripun memberi erti keamanan, keselamatan dan kesejahteraan. Firman Allah bermaksud: "Allah menyeru (manusia) ke Darussalam (syurga), dan menunjuki orang yang dikehendaki-Nya kepada jalan yang lurus (Islam)." (Surah Yunus, ayat 25).
Memang sudah menjadi kehendak Allah bahawa kita semua patut sama-sama menegakkan masyarakat yang aman dan damai dalam dunia ini. Keamanan adalah asas bagi semua agama terutamanya Islam yang suci dan tinggi agamanya.Marilah kita berjuang untuk menegakkan keamanan di dunia ini agar aktiviti yang berfaedah dan bermanfaat kepada kita dapat dijalankan dengan bertunjangkan kepada al-Quran dan al- Sunnah.
Selasa, 6 April 2010
Keamanan Perlu Dalam Merealisasi Dakwah?
Sedekah Mampu Mengerat Silaturrahim?
Sedekah merupakan amalan baik yang amat dituntut oleh Islam untuk diamalkan oleh penganutnya.Amalan sedekah boleh menambahkan lagi eratnya hubungan tali silatulrrahim
sesama insan. Allah SWT ada berfirman di dalam al-Quran, bahawa Allah amat menekankan keperluan dan peri mustahaknya orang kaya dan berkemampuan agar menghulurkan bantuan kepada orang yang miskin dan hidup di dalam keadaan serba kekurangan.
Firman-Nya dalam surah an-Nur ayat 22 bermaksud : " Dan janganlah orang-orang yang mempunyai kelebihan dan kelapangan di antara kamu bersumpah bahawa mereka tidak akan memberi (bantuan) kepada kaum kerabat (nya), orang-orang yang miskin dan orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah, tetapi hendaklah mereka memanfaatkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahawa Allah mengampuni kamu padahal Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
Selain dapat mengeratkan tali persaudaraan kekeluargaan, amalan bersedekah seperti memberi kuih muih dan buah-buahan kepada orang yang susah dan jarang-jarang bertemu makanan yang lazat dan berzat, akan mampu memberi mereka merasai kenikmatan makanan seperti ini. Cukuplah walaupun jarang-jarang, namun ia boleh memberi erti yang besar kepada mereka dalam merasai bunga-bunga kehidupan ini.
Amalan suka bersedekah adalah suatu amalan yang amat mulia dan terpuji, ianya telah menjadi satu ciri amalan orang-orang mulia terutamanya para nabi dan rasul serta orang-orang soleh sejak zaman berzaman. Para nabi terutamanya, adalah merupakan antara insan-insan yang sangat suka bersedekah. Mereka menjadikan amalan bersedekah seperti sama pentingnya dengan usaha mereka mencari kehidupan yang abadi. Bahkan mereka menjadikannya sebagai kamus hidup dalam kehidupan seharian mereka. Mereka seolah-olah merasakan tidak sah sekiranya kewujudan mereka di dunia ini tidak ada amalan suka bersedekah itu di dalam dairi hidup mereka.
Nabi-nabi sejak dari Adam as sampailah kepada Junjungan Besar nabi kita, Nabi Muhammad saw merupakan sumber kepada kehidupan kaum fakir dan miskin. Nabi Idris as menyedekahkan sebahagian besar hasil kerja jahitannya kepada kaum fakir miskin. Nabi Nuh as pula hidup bersama-sama kaumnya yang miskin dan makan bersama-sama mereka. Selain itu, Nabi Hud as dan Nabi Soleh as kebanyakan pengikut mereka adalah terdiri daripada orang-orang hina yang tidak mempunyai harta.
Nabi Ibrahim as merupakan seorang nabi yang apabila mahu makan, baginda akan mengundang sesiapa sahaja yang melintas di hadapan pintu rumahnya. Dipelawanya para tetamu itu untuk makan bersama-samanya. Kalau tidak ada sesiapa yang melintas, baginda akan keluar mencari tetamu sehingga tiga batu jarak dari rumahnya. Sekiranya tidak ada juga , barulah baginda akan makan bersama anak-anak dan isterinya.
Demikianlah perilaku para nabi dan rasul di dalam hal suka memberi sedekah atau pertolongan kepada mereka-mereka yang memerlukan. Persoalan di sini. kenapakah amalan bersedekah menjadi begitu mulia di sisi Allah? Bukankah dengan banyaknya orang bersedekah boleh menyebabkan membiaknya para peminta sedekah yang tentunya boleh menjejaskan hasil negara disebabkan lembapnya perkembangan ekonomi negara kerana ramainya orang yang menjadi kaum pemalas?
Bersedekahlah seberapa banyak pun, namun fakir miskin tidak akan bertambah. Begitu juga sekiranya tidak ada seorang pun manusia yang mahu bersedekah, namun orang-orang yang meminta sedekah tetap tidak akan berkurangan. Kenapa? Ini adalah kerana tabiat meminta sedekah bukan lahir atau terbit dari ramainya orang pemurah suka memberi sedekah, tetapi adalah kerana tabiat peminta-peminta sedekah itu sendiri. Apakah kita berani mengatakan bahawa orang yang rajin bekerja atau yang pemalas akan tergamak menyalin kulit membuang baju kehormatan lalu memakai baju kepemalasan semata-semata kerana mahu menjadi peminta sedekah disebabkan terlalu ramai para dermawan yang kaya raya memberi sedekah?
Kalau sudah ada harga diri lebih baik bekerja di tapak-tapak pembinaan bangunan daripada menjadi peminta sedekah. Percaya atau tidak? Kalau sudah mempunyai tabiat suka meminta sedekah, apa- apa yang dilakukan orang padanya tetap peminta itu menadah tangannya. Kerana sudah menjadi sifatnya hanya tahu meminta untuk menampung hidupnya. Kerana sudah menjadi pembawaan dirinya dilahirkan untuk meminta sedekah. Tidak mahu berubah untuk mengubah dirinya.
Sebagaimana manusia, binatang pun tidak semua tidak ada harga diri. Burung adalah contoh terbaik binatang yang mempunyai harga diri yang tinggi. Betapapun payahnya dalam mencari rezeki, burung tetap mengepak sayap menerjah awan ke sana ke mari tanpa menunjuk jerih atau payah dalam dirinya. Makanan tetap dibawa pulang ke sarang menyuapi anak-anak.
Kucing peliharaan juga adalah contoh terbaik binatang yang mencari makanan seperti peminta sedekah. Ia akan berbelit-belit melingkari kaki tuannya kerana mengharapkan makanan. Apapun yang diperlakukan oleh tuannya sementara memberi makanan kepadanya, ia akan tetap menerima dengan sabar dan tabah. Tendangan, tendanganlah. Terajang, terajanglah. Tidak mengapa pada fikirannya, asalkan nasi diberi kepadanya.
Di sini kita dapat lihat bahawa nilai hidup orang yang mencari makan dengan meminta sedekah dan dengan cara bekerja, ibarat kucing peliharaan dan burung yang berterbangan. Alangkah jauhnya identiti kedua-duanya. Bagaimanakah identiti kucing? Sudahlah mencari makan yang di tabur manusia, kalau kucing buangan, sudah tentu tempat mencari makanannya ialah di dalam tong-tong sampah, ditambah pula dengan badan yang kotor dan tidak sedikit dengan yang berkurap. Ini sesuailah dengan pengemis di kalangan manusia.
Berlainan dengan kehidupan burung,. Burung-burung tidak pernah ada yang berkurap dan di pandang hina. Bahkan burung-burung sering dijadikan pepatah yang melambangkan ketinggian martabat, keindahan serta kehebatan.
Burung helang dilambangkan dengan perlambangan gagah perkasa. Burung ketitir atau merbok dilambangkan sebagai bersuara merdu dan amat berharga. Burung merpati dilambangkan sebagai burung yang tangkas dan cekap serta boleh diharap untuk menyampaikan maklumat di era teknologi canggih belum wujud. Burung sitar pula dilambangkan sebagai penguasa awan dan begitulah lambang-lambang yang diberikan kepada para burung.
Adapun kucing-kucing dipepatahkan dengan ibarat-ibarat yang tidak indah dan tidak berada di garis keagungan. Kucing-kucing dianggap dalam pepatah sebagai berkurap dan perangai kucing yang tidak boleh diharap terutamanya dalam hal-hal moral. Bagai kucing dengan anjing adalah contoh terbaik dalam perumpamaan ini.
Sungguh indahnya kehidupan binatang untuk dipadankan dengan kehidupan manusia. Dari itu jelaslah kepada kita bahawa sikap suka bersedekah itu tidaklah akan.melahirkan kaum yang mampu melumpuhkan ekonomi negara, tetapi yang akan melumpuhkan kefakiran dan kemiskinan itu sendiri.
Dari itu untuk menggemarkan diri seseorang itu kepada amalan suka bersedekah perlu setiap individu muslim menyedari besarnya pahala kerana bersedekah. Dan amalan ini juga akan menyuburkan harta dan memanjangkan umur sebagaimana dinyatakan di dalam hadith Rasulullah saw.
Dari itu marilah kita memperbanyakkan sedekah kita sedaya yang termampu. Semoga dengan amalan yang mulia ini akan menjadi penyebab untuk kita dapat menggapai pintu syurga lalu membukanya dan terus masuk ke dalam untuk berlazat-lazat dengan nikmat-nikmat di dalamnya.
Sabtu, 3 April 2010
kenapa mesti jauhi rokok?
Dewasa kini, merokok dianggap suatu kebiasaan yang diterima umum secara meluas dalam masyarakat kita. Terutamanya kepada mereka yang menggemari hobi merokok ini sehinggakan merokok dipandang sebagai satu norma yang membanggakan. Anggapan palsu ini terhasil apabila golongan yang mudah terpedaya dengan budaya asing, terutamanya yang dipaparkan melalui media massa. Mereka yang gemar kepada rokok ini beranggapan bahawa rokok melambangkan kecanggihan, keunggulan dan sesuatu yang bergaya di kaca mata mereka. Malah tabiat suka meniru dan menyeleweng dari jalan yang benar adalah sesuatu yang kian menguasai anak-anak muda di zaman ini.
Pengaruh rokok terhadap anak-anak muda zaman kini amat memberi kesan buruk kepada kehidupan mereka. Ada di kalangan mereka sanggup mencuri duit emak bapa semata-mata kerana rokok. Sanggup ponteng sekolah, lepak di sana sini, di kaki lima, hanya semata- mata menghabiskan masa dengan merokok. Alangkah baiknya jika masa mereka itu dimanfaatkan untuk perkara-perkara yang berfaedah, Gara-gara rokok habis akhlak dan masa mereka terabai.Bukankah perkara ini suatu yang merosakkan minda dan pemikiran mereka. Rokoklah antara perkara yang terawal yang membawa mereka terjebak dengan dadah.Musuh utama negara.Ketagihan kepada rokok menyebabkan mereka berjinak-jinak dengan dadah untuk mendapatkan kepuasan yang maksima dalam kehidupan mereka. Jika tidak, mereka akan berasa tidak berupaya dan bersemangat untuk melakukan kerja harian mereka.
Apakah bahan-bahan yang terkandung di dalam rokok? Apakah kita tahu akan bahan-bahan yang terkandung di dalamnya? Untuk pengetahuan umum, kajian mendapati bahawa setiap batang rokok yang dinyalakan akan mengeluarkan lebih 4 000 bahan kimia beracun yang membahayakan dan boleh membawa maut. Dengan ini setiap sedutan itu menyerupai satu sedutan maut. Di antara kandungan asap rokok termasuklah bahan radioaktif (polonium-201) dan bahan-bahan yang digunakan di dalam cat (acetone), pencuci lantai (ammonia), ubat gegat (naphthalene), racun serangga (DDT), racun anai-anai (arsenic), gas beracun (hydrogen cyanide) yang digunakan di "kamar gas maut" bagi pesalah yang menjalani hukuman mati, dan banyak lagi. Bagaimanapun, racun paling penting adalah tar, nikotin dan karbon monoksida.
Tar mengandungi sekurang-kurangnya 43 bahan kimia yang diketahui menjadi penyebab kanser (karsinogen). Bahan seperti benzopyrene iaitu sejenis policyclic aromatic hydrocarbon (PAH) telah lama disahkan sebagai agen yang memulakan proses kejadian kanser.
Nikotin, seperti najis dadah heroin, amfetamin dan kokain, bertindak balas di dalam otak dan mempunyai kesan kepada sistem mesolimbik yang menjadi punca utama penagihan. Sindrom ketagihan terhadap nikotin yang ditunjukkan dengan gejala gian, tolerans dan tarikan, adalah mungkin lebih hebat berbanding najis dadah. Malah daripada kajian saintifiknya nikotin itu juga sejenis najis dadah, sepertimana yang telah diiktiraf oleh dunia perubatan. Seseorang yang kehabisan rokok kadangkala berkelakuan seperti mengalami gangguan akal dan dalam keadaan yang amat tertekan sekali. Oleh itu terlalu sukar untuk sesiapa yang telah terjerat dengan ketagihan merokok, meninggalkan tabiat itu untuk selamanya, kecuali dengan ikhtiar yang serius dan kehendak Allah jua.
Nikotin turut menjadi punca utama risiko serangan penyakit jantung dan strok. Hampir satu perempat mangsa pesakit jantung adalah hasil punca dari tabiat merokok. Di Malaysia, sakit jantung merupakan menyebab utama kematian sementara strok adalah pembunuh yang keempat.
Karbon monoksida pula adalah gas beracun yang biasanya dikeluarkan oleh ekzos kenderaan. Gas ini menjejaskan bekalkan oksigen ke tisu-tisu hingga ianya menjadi terencat dan akhirnya boleh menyebabkan maut sekiranya paras karbon monoksida di dalam badan melebihi 60%.
Maka dapat disimpulkan di sini, bahawa apabila racun rokok itu memasuki tubuh manusia ataupun haiwan, ianya akan membawa kepada kerosakan pada setiap organ disepanjang laluannya, iaitu bermula dari hidung, mulut, tekak, saluran pernafasan, paru-paru, saluran penghadaman, saluran darah, jantung, organ pembiakan, sehinggalah ke saluran kencing dan pundi kencing, iaitu apabila sebahagian dari racun-racun itu dikeluarkan dari badan. Lantas ianya membawa kesan yang amat buruk kepada perkembangan badan dan mengakibatkan banyak penyakit.
Pena puisi ku
Tembok Cinta
tenang
itu pada seri purnama cinta
sinarnya memasuki kamar hati
terang
menyuluh langkah menggarap jaya
mencapai cita mengecap cinta
bahagia
inspirasi pengubat sanubari
menyemat kasih membelai rindu
namun
di sana tembok menyekat jalinan
memandu akur menurut aturan
mengekang rantaian menular murka
kerna
halus bisikan tidak mengenal siapa
mengadun mungkar melahap santapan
memandu jalan petunjuk larangan.
Laman kenangan
Hadirku
Disambut kicau burung
Riang mendendangkan lagu untuk ku
Tubuhku dipeluk erat angin bayu
Membelai lembut rambutku
Mataku mengukir senyum
Kala aku memandang laman itu
Hijaunya menyembuhkan mataku
Hatiku
Merasakan tenangnya berada di laman itu
Diserikan lagi dengan bungaan mewangi
Memekarkan keindahan laman
Di sudut laman itu
Pandanganku terpaku sejenak
Mengenang saat bahagia silam
Tempatku bermain , bergurau bersama teman
Fikiranku
Melayang mengimbau ke zaman silam
Membuatku tertawa kecil
Kerana sebuah laman
Laman kenangan.
Salahkah aku?
Biarkan aku di daerah ini
Keseorangan tanpa teman
Biarkan aku di pulau ini
Meneruskan hidup tanpa bantuan
Aku bukan seteguh kalian
Gagah di rimba dunia
Menentang kebatilan
Aku bukan secekal kalian
Tabah beradu tenaga di pentas lawan
Bukan nama
Bukan sanjungan
Bukan pangkat ku harapkan
Biarkan saja aku di lautan ilmu ini
Mencari ketenangan membina kekuatan
Kerna ku pasti di sana ada jawapan
Menongkah arus menegak kebenaran.
Insan…
Insan
Fikirlah sedalam mungkin di benakmu
apa arah hidupmu
yang perlu kau tuju
sematkan di dada jiwamu
azam kental yang jitu
beringatlah
hidup ini bukan untuk bersuka ria
akan tetapi
ada tujuan dan matlamat
yang telah tersedia untuk di terpa
Insan
Carilah di dalam dirimu
akan sesuatu yang pasti
nescaya kau kan ketemui
satu rahsia yang tak dapat kau
tafsirkan sendiri
Insan
Carilah satu kehidupan yang abadi
jangan hidupmu bergelumang dosa
hidup ini tiada dua
sampai saat
roh dan jasad takkan bersatu lagi
persiaplah bekalan di sana.
Pilihan di tanganmu
Manusia itu baik andai beriman
andai engkar
mereka bagai binatang ternak
memandu buas nafsu
hidup ini ujian
siapa terbaik amalnya ?
terbaik dunia?...terbaik akhirat?
dunia ini
kebun bertanam
bekal perjalanan hari akhir
pilihlah
jannah atau an nar
pilihan itu ada padamu
akal dibekal
usah dipersia nikmat
susurilah tariq al haq
sirat yang lurus
pilihlah jalan junjungan
jalan para anbia'
para solihin
tabi`in
moga damailah hidup
dunia dan akhirat.
Khamis, 1 Oktober 2009
Warkah Adam kepada Hawwa
Assalamualaikum w.r.t.
Hawwa...
semoga kehadiaran warkah ini tidak akan mengocak kedamaian dan ketenangan hatimu.
Hawwa...
Sekali lagi kesedihan menyelubungi hati ini.Hawwa ke mana hilangnya sopan santun dan rasa terhormatmu terhadapku? Kalau dulu ,untuk megucapkan sebaris kata di hadapanku sekalipun ,kau hanya menundukkan pandanganmu dan menyusun kata sebaik-baiknya dan seatur mungkin.Namun hari ini suatu kebiasaan jika perhatikan malumu kian lenyap.Antara kita seolah-olah tiada lagi hijab yang menghalang dan kau biasa menyapaku tanpa segan silu...malu itu selayaknya kau punya,tapi apa yang terjadi kini?
Hawwa ...
Apa yang membimbangkanku,keadaan ini biasa menjadikan kita makin hampir mengetepikan tuntutan perintah Allah.Pergaulan yang ku kira tidak wajar antara muslimin dan muslimat menenggelamkan aku dalam kekalutan perasaan.Terlalu bimbang kiranya suatu hari nanti menjadi kebiasaan jika dilihat kaummu dan kaumku biasa seiringan tanpa ada batasnya lagi.
Hawwa...
Mengapa tidak kau semaikan rasa malumu dalam hatimu?Mengapa Hawwa yang ku kenal dulu tidak lagi seperti dulu? Tidak seperti dulu? Tutur kata yang petah ,alunan suara yang lantang ,mengheret aku ke dalam kesedihan yang berpanjangan...Kau bisa ku samakan dengan teman-temanku yang lain dan jika keadaan ini berterusan ,suatu hari nanti ,Hawwa akan menguasai dunia dan Adam hanyalah penyeri sahaja.Dulu ku sanjung tinggi peradabanmu yang kiranya dibandingkan dengan kaummu yang di luar sana.Tapi kini,kepercayaanku luntur tatkala ku lihat batas-batasmu kian memudar.Dan sedarlah Hawwa ,dirimu adalah penyimpan setinggi-tinggi maruah.Lantaran itu,usah terlalu ghairah denganku.Adam... kita mempunyai benteng yang kukuh,janganlah kita robohkan.
Hawwa...
Fahamilah...ku tak ingin kau terlalu menonjol diri keranaku.Kau adalah sebutir mutiara yang terlalu mahal harganya.Terus terang ku katakan.Duhai Hawwa...bukan kemarahanmu ku pinta bukan sapaanmu yang menggembirakan diriku ,tapi mengertilah Hawwa ,ku mahu kau pelihara kesopananmu dan maruahmu,jangan kau perdagangkan..
Hawwa...
Jika bersua muka tundukkan pandangannmu,perlahankan suaramu,dan usahlah kau terlalu tampilkan dirimu meskipun naluri kita saling memerlukan.Ingatlah Hawwa batas-batas pergaulan antara kita ,itulah yang harus dijaga .
Hawwa...
Peliharalah tngkah lakumu tak kira di mana sahaja .Walaupun aku tidak mampu untuk terus menerus memimpin dirimu seandainya kau tersilap langkah .Tapi dengarlah Hawwa ,aku mahu kau sedar !!!Sedar yang biasa dirimu terhumban di persada kehancuran .Jikalau kau membiarkan dirimu hanyut dengan pergaulan bebas di kala ini.Kaumku ,Adam tidak ingin dunia ini dimamah laknat Allah lantaran dosa yang kita titipkan.
Hawwa...
Sekian dulu untuk kali ini .ketahuilah dunia Hawwa...Aku amat merinduimu yang dulu.
Warkah Hawwa kepada Adam
Assalamualaikum w.r.t...
Adam...
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu.Sesungguhnya aku adalah Hawwa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu.
Wahai Adam...
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok.Jadi tidak hairanlah perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu,sentiasa mahu terpesong dari landasan kerana aku buruan syaitan.Adam ...Maha Suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya daripada kaummu di akhir zaman.Itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya.Jika bilangan kaummu mengatasi kaumku,nescaya merahlah dunia kerana darah manusia,kacau bilaulah suasana,Adam sesama Adam bermusuhan kerana Hawwa.Buktinya cukup nyata daripada Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya.Pun jika begitu,maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih daripada satu,tapi tidak lebih daripada empat pada satu waktu.
Adam..
Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkanku.Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsigkan aku.Tapi ...aku risau,gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu.Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu.Namun terasa berat pula untukku menyatakan isi perkara.
Adam...
Aku tahu di dalam Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai kaum wanita.Kau diberi amanah untuk mendidik aku,kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku,memerhati dan menguasai aku agar sentiasa dalam redha tuhanku dan tuhanmu.Tapi Adam nyata rata –rata apa yang terjadi pada kaumku kini,aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu.Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan.Asalnya Allah mengehendaki aku keluar dari rumah ,seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki hingga ke hujung rambut.Tapi realitinya kini...Hawwa telah lebih dari yang sepatutnya.
Adam...
Mengapa kau biarkan aku begini?Aku jadi ibu,aku jadi guru,itu sudah tentu katamu.Aku ibu dan guru pada anak-anakmu.Tapi sekarang di waktu yang sama aku ke muka bumi menguruskan hal negara,aku ke memikul senjata.Padahal kau duduk sahaja.Ada di antara kau yang menganggur tiada kerja.Kau perhatikan sahaja aku memanjat tangga di pejabat bomba,kainku tinggi menyinsing peha mengamankan negara.Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dahulu?Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?
Adam...
Marahkah kau jika ku katakan andainya Hawwa terpesong, maka Adam yang patut tanggung ! Kenapa?Mengapa begitu Adam?Ya! Ramai orang berkata jik anak jahat emak bapak tak pandai didik,jika murid bodoh guru tak pandai mengajar! Adam kau selalu berkata Hawwa memang degil ,tak mahu dengar kata,tak mudah makan nasihat ,kepala batu,pada hematku yang dhaif ini.
Adam...
Seharusnya kau tanya dirimu ,apakah didikanmu terhadapku sama seperti didikan Nabi Muhammad S.A.W. terhadap isteri-isterinya?Adakah Adam melayani Hawwa seperti psikologi Muhammad terhadap mereka?Adakah akhlak Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawwa?
Adam...
Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu,aku adalah pengikutmu kerana kau adalah ketua.Jika kau benar,maka benarlah aku.Jika kau leka dan alpa sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan konco-konconya.Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah,perdengarkanlah aku kalimah syahdu dari tuhanmu agar menerangiku.Tiuplah jihad ke dalam dalam dadaku agar aku menjadi mujuhidah kekasih Allah.
Adam...
Andainya kau masih lalai dan alpa dengan kerenahmu sendiri,masih segan mengikut langkah para sahabat,masih gentar mencegah mungkar.Maka kita tunggu dan lihatlah dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah.Malulah engkau Adam padaa dirimu sendiri pada tuhanmu yang kau agungkan itu.Maafkan aku sekali lagi Adam ...seandainya warkah yang ku layangkan ini menimbulkan amarah didadamu.Jauh sekali niatku untuk membuat kau keliru apatah lagi menjadi buntu.Tetapi percayalah!! Bukan emas ku cari ,bukan berlian yang ku pinta ,tetapi hanyalah hati yang tulus ikhlas darimu Adam.
Kasih Ibu
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu.Lalu si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya...
Kos upah membantu ibu
Tolong ibu pergi ke kedai :RM 4.00
Tolong jaga adik :RM 4.00
Tolong buang sampah :RM 1.00
Tolong kemas bilik :RM 2.00
Tolong siram bunga :RM 3.00
Tolong sapu sampah :RM 3.00
Jumlah RM 17.00
Selesai membaca ,si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar di mindanya..Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
Kos mengandungkanmu selama 9 bulan : PERCUMA
Kos berjaga malam kerana menjagamu : PERCUMA
Kos air mata yang menitis keranamu : PERCUMA
Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu : PERCUMA
Kos kesemua perbelanjaan menjagamu : PERCUMA
Jumlah keseluruhan NILAI KASIHKU : PERCUMA
Air mata anak berlinangan setelah membaca apa yang ditulis oleh ibunya.Si anak menatap wajah ibu ,memeluknya dan berkata .”SAYA SAYANGKAN IBU”.Kemudian si anak mengambil pen dan menulis ”telah dibayar” pada muka surat yang ditulisnya.
Ilmu tiada batasan
Suatu hari,seorang professor yang sedang membuat kajian tentang lautan menumpang sebuah sampan.Pendayung sampan itu seorang tua yang begitu pendiam.Professor memang mencari seorang yang pendiam agar tidak banyak bertanya ketika dia membuat kajian.Dengan begitu tekun professor itu membuat kajian.Diambilnya sedikit air laut dengan tabung uji kemudian digoyang-goyangkan.Selepas itu dia menulis sesuatu di dalam buku.Berjam-jam lamanya professor itu membuat kajian dengan tekun sekali.Pendayung sampan itu mandongak ke langit.Berdasarkan pengalaman,dia berkata di dalam hatinya,”Hmm…hari nak hujan”.”Ok,semua dah siap mari kita balik ke darat” kata professor itu.Pendayung sampan itu akur dan mula memusingkan sampannya kearah pantai.
Hanya dalam perjalanan pulang itu barulah professor itu menegur pendayung sampan.”Kamu dah lama kerja mendayung sampan?”.Tanya professor itu.”hampir seumur hidup saya”.Jawab pendayung sampan itu dengan ringkas.”Seumur hidup kamu?”Tanya professor itu lagi.”Ya”.Jadi kamu tidak tahu perkara lain selain daripada mendayung sampan?”.Tanya professor itu.Pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepalanya.Masih tidak berpuas hati,professor itu bertanya lagi.”Kamu tahu geografi?”Pendayung sampan itu menggeleng kepala.”kalau macam ni, kamu dah kehilangan 25 % daripada usia kamu”.Kata professor itu lagi.
”Kamu tahu biologi?”Pendayung itu menggeleng kepala.”Kasihan ,kamu dah kehilangan 50% usia kamu.Kamu tahu fizik?”professor itu masih bertanya lagi.Seperti tadi,pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepala.”Kalau begini,kasihan,kamu sudah kehilangan 75% daripada usia kamu.Malang sungguh nasib kamu,semua tak tahu.Seluruh usia kamu dihabiskan dengan mendayung sampan”.Kata professor itu dengan nada angkuh dan mengejek.Pendayung sampan itu hanya mendiamkan diri.Selang beberapa minit kemudian ,hujan turun.Tiba-tiba sahaja datang ombak besar .Sampan itu dilambung ombak besar dan terbalik.Professor dan pendayung sampan itu terpelanting.Sempat pula pendayung sampan itu bertanya,”Kamu tahu berenang ?”Professor itu menggelengkan kepala.”Kalau macam ni,kamu dah kehilangan 100% nyawa kamu”.Kata pendayung sampan itu sambil berenang menuju ke pantai.
Isnin, 28 September 2009
Binalah Akhlak Islam
Kemuliaan akhlak adalah matlamat utama bagi ajaran Islam sesuai dengan sifat Islam itu sendiri iaitu syumul. Islam tidak hanya menitikberatkan kepada soal aqidah dan ibadah semata-mata di dalam ajarannya, malah akhlak menjadi perhatian utama dalam pembentukan keperibadian muslim penganutnya.Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak.
Sekiranya seorang muslim itu kuat ibadahnya, tetapi buruk akhlak dan perangainya maka tiada sempurnalah imannya kerana akhlak itu mencerminkan keseluruhan keperibadiannya.Justeru,adalah tidak dikira beriman seseorang yang tidak berakhlak.Berhubung hal inilah Rasulullah menyatakan : Bukanlah iman itu hanya dengan cita-cita, tetapi itu ialah keyakinan yang tertanam di dalam hati dan dibuktikan dibuktikan dengan amalan.
PENGERTIAN AKHLAK
Dari segi bahasa: perkataan akhlak berbentuk jamak daripada perkataan al- khuluq atau al-khulq, yang bererti tabiat atau budi pekerti.
Dari segi istilahnya pula,menurut Ibn Miskawayh dan al-Ghazali, akhlak adalah “suatu keadaan yang melekat pada jiwa manusia, yang darinya lahir perbuatan-perbuatan dengan mudah, tanpa melalui proses pemikiran atau pertimbangan”.Keadaan jiwa ini terbahagi kepada dua bentuk. Pertama, sifat-sifat yang telah ada semenjak kejadian manusia. Kedua, sifat-sifat yang diperolehi dengan pembiasaan dan latihan.
Perkataan akhlak tidak disebut di dalam al-Quran kecuali di dalam bentuk mufrad(tunggal) yang disebutkan di dalam al-Quran sebanyak dua kali.1
Tetapi di dalam hadis perkataan akhlak sering diguna sama ada dalam bentuk tunggal mahupun jamak.
____________________
(1)al-Quran, al-Qalam 68:4, al-Syuara’ 26:137.
PERKAITAN JIWA,HATI DENGAN AKHLAK.
Para ulama’ mengaitkan akhlak dengan keadaan an-nafs(jiwa) dalam perbincangan sesama mereka yang ditinjau dari segi lahirnya. “Jiwa adalah daging berbentuk sanubari terletak dipinggir dada sebelah kiri,di dalamnya terdapat ruang yang dalam ruang itu ada darah hitam, dan merupakan sumber nyawa.Sedangkan dari segi batinnya, makna jiwa sinonim dengan makna ruh,akal, dan nafsu iaitu hakikat manusia yang halus bersifat rohani dan merupakan bahagian dari manusia yang dapat merasa ,mengetahui,dan mengenal”.
Jiwa manusia mempunyai empat bentuk kekuatan atau keutamaan iaitu kekuatan berfikir(hikmah), kekuatan syahwat(‘iffah), kekuatan marah(syaja’ah), dan kekuatan keseimbangan(‘adalah)
Hikmah adalah keadaan jiwa yang dengannya dapat kita ketahui perbezaan antara hak dan batil pada segala perbuatan ikhtiari(pilihan). ‘Iffah pula ialah terdidiknya kekuatan syahwat dengan pendidikan akal dan syarak. Syaja’ah ialah keadaan marah yang tunduk kepada akal mengenai maju atau mundurnya.Manakala ‘Adalah ialah keadaan jiwa yang dapat mengarahkan nafsu marah dan nafsu syahwat untuk mengikuti panduan hikmah.
Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa akhlak itu berpusat di hati atau jiwa.Dari hati itulah terpancarnya akhlak yang terpuji atau yang keji.Justeru itu menurut beliau,akhlak lebih menekankan hati dan keikhlasan.Keikhlasan itu melambangkan kebebasan memilih dan kerelaan hati. Malah akhlak yang mulia dan keji itu tidak semata-mata patuh kepada pertimbangan akal.Tetapi hati nuranilah yang menentukannya berasaskan kepada wahyu daripada Allah.
Beliau juga mengatakan lagi bahawa akhlak itu berpusat di hati dengan mendatangkan hadis yang bermaksud: “ ketahuilah bahawa di dalam badan itu ada seketul daging ,apabila ia baik maka baiklah keseluruhannya,dan apabila ia buruk maka buruklah keseluruhannya,ketahuilah itulah hati”.
Menurut Al-Ghazali lagi ,hati adalah sumber roh, jiwa, atau nyawa yang menyempurnakan hakikat kemanusiaan. Hati juga berfungsi sebagai daya yang boleh menangkap segala pengertian ilmu pengetahuan dan bersifat ketuhanan.Bersifat ketuhanan dalam erti kata bahawa hati menjadi sasaran segala perintah dan larangan Allah.
TEORI AL-GHAZALI DALAM PEMBENTUKAN AKHLAK
Terdapat empat peringkat yang dicadangkan oleh Imam Al-Ghazali dalam mengasuh hati agar terbentuknya akhlak yang terpuji.
A) Ilmu
Ilmu yang dimaksudkan disini ialah ilmu-ilmu yang dapat mendidik hati agar dapat membezakan antara yang benar dan yang salah . Sumber ilmu tersebut ialah al-Quran dan Hadis yang menjadi sumber wahyu utama di dalam Islam.Dengan adanya wahyu ini,maka ianya menjadi petunjuk kepada sekalian manusia dalam segala bentuk kehidupannya sama ada syariatnya,ibadah dan segala hukum- hakam.
B) Latihan
Pengasuhan terhadap hati perlu diterapkan melalui latihan yang berupa mendidik jiwa agar lahirnya akhlak yang terpuji. Jika seseorang itu ingin menjadi seorang yang berakhlak mulia, maka hendaklah dia sentiasa berlatih melakukannya hingga menjadi adat kebiasaan yang tidak dapat dikikis oleh faktor persekitaran, masa dan suasana.
C) Penundukan nafsu dan syahwat
Kedua-dua unsur ini perlu dikawal supaya hati dapat terselamat daripada tekanan dan dorongan kepada akhlak yang keji.Hal ini kerana nafsu dan syahwat menjadi dorongan yang kuat untuk melakukan sesuatu yang keji. Maka kedua-dua unsur ini perlu menjadi perhatian utama dalam mendidik jiwa dan hati agar tidak melakukan sesuatu yang keji.
D) Adil
Adil pada hati yang dimaksudkan oleh Imam Al-Ghazali ialah daya yang menggerakkan perlaksanaan tingkah laku atau akhlak yang terpuji berdasarkan kepada ketentuan aqidah, syarak dan akhlak yang disarankan oleh Allah.Dengan pertimbangan hati dan akal ,jika perintah Allah itu tidak dilaksanakan dalam bentuk tingkah laku ,maka seseorang itu tidak berlaku adil pada dirinya sendiri.
GOLONGAN MANUSIA DAN PERLAKUAN AKHLAKNYA
Selanjutnya Imam Al-Ghazali mengemukakan empat golongan manusia beserta dengan akhlaknya. Pertama, manusia yang jahil.Mereka ialah manusia yang tidak dapat membezakan antara akhlak yang baik dan keji.Hatinya kosong daripada nilai-nilai dan kepercayaan yang boleh memimpinnya untuk mencari kebenaran dan menghapuskan kebatilan.Lantas nafsu dan syahwatnyalah yang memimpin tingkah lakunya.Menurut Imam Al-Ghazali, golongan ini mudah untuk diubati kerosakan akhlaknya.Ianya memerlukan kepada seorang guru yang melatihnya supaya bermujahadah untuk menundukkan nafsu dan syahwatnya dengan memberikan keutamaan pada akhlak yang terpuji.
Kedua, Manusia yang sesat.Meraka ialah manusia yang tahu membezakan antara yang baik dan yang buruk sesuatu akhlak itu,tetapi tidak pernah mengamalkannya. Malah sentiasa mengikut nafsu dan syahwatnya dalam keadaan sedar akan kelalaiannya. Pembentukan akhlak terhadap golongan ini agak sukar.Hal ini kerana keimanan perlu difahamkan terlebih dahulu sebelum melatih dirinya menjauhkan diri daripada akhlak yang keji.
Ketiga, manusia yang fasiq. Mereka ialah golongan yang mempercayai bahawa akhlak yang keji merupakan satu kewajipan yang perlu dilakukan oleh manusia. Akhirnya, akhlak yang keji itu dianggap benar. Golongan ini hampir mustahil untuk diubati dan jelas kesesatannya berbanding golongan yang jahil dan sesat.
Keempat, manusia yang jahil, sesat dan fasiq.Mereka ialah golongan yang merasa bangga melakukan akhlak yang keji. Mereka yakin akan dapat meningkatkan darjat dan kedudukan mereka dalam masyarakat.Golongan ini mustahil sama sekali untuk dibaiki.
MEMPERBAIKI AKHLAK MENURUT PANDANGAN AL-GHAZALI
Imam Al-Ghazali mengemukakan tiga tindakan susulan untuk memperbaiki akhlak seseorang. Antaranya ialah, niat. Seseorang itu mestilah berniat bersungguh-sungguh di dalam hati untuk meninggalkan segala akhlak yang buruk dan keji. Niat berperanan dalam mewujudkan keupayaan kepada seseorang untuk melaksanakan akhlak yang terpuji secara beransur-ansur.
Kedua, muhasabah. Seseorang itu perlu mengira dan menghitung diri (muhasabah) secara adil terhadap semua akhlak yang baik dan keji sebelum melakukan sesuatu secara berterusan dari semasa ke semasa.
Ketiga, muraqabah. Akhirnya seseorang itu mestilah berwaspada dan berhati-hati agar segala kejahatan dapat disekat dan hanya akhlak yang terpuji dan baik sahaja yang diamalkan .
Akhlak mencerminkan peribadi seseorang muslim kerana akhlak adalah sebahagian daripada iman.Seseorang yang tidak berakhlak itu,maka dia adalah dari kalangan orang yang kurang imannya.Justeru,kertas kerja ini memberi sedikit sebanyak pandangan dan manhaj ulama’ berkenaan mendidik jiwa agar berakhlak mulia dengan akhlak Islam.
RUJUKAN:
Imran Effendy Hasibuan.(2003).Pemikiran akhlak Syekh Abdurrahaman Shiddiq al-Banjari.Riau:LPNU Press.
Mustaffa Daud.(1995).Budi bahasa dalam tamadun Islam.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mustaffa Abdul Rahman.(2005).Hadith 40 terjemahan dan syarahnya.Selangor:Dewan Pustaka Fajar.
Khamis, 10 September 2009
perundangan Islam
Semua peraturan dalam ajaran Islam yang berteraskan kepada al-Quran dan al- Sunnah yang ditetapkan oleh Allah SWT adalah amat bersesuaian kepada hambanya dan ia merupakan perundangan yang teragung sekali bagi perundangan Islam.Dalam konteks sosial, adalah menjadi matlamat perundangan ini untuk melahirkan sebuah masyarakat harmoni yang merangkumi individu dan keluarga secara keseluruhannya. Matlamat ingin menjadikan masyarakat yang sempurna mestilah dimulakan dengan didikan Islam terhadap individu muslim itu dahulu. Secara berperingkat, kesan daripada didikan tersebut akan melahirkan individu yang berkualiti dari kacamata Islam sehinggalah kepada masyarakat.
Fikiran umum yang baik.
Dalam melahirkan masyarakat Islam yang harmoni, proses pengasuhan jiwa dan budipekerti yang mulia hendaklah diterapkan dalam setiap diri anggota masyarakat. Justeru, pembentukan pemikiran umum yang baik memainkan peranan penting dalam mencapai matlamat kemasyarakatan ini. Menyeru kepada kebaikan dan menegah kepada kemungkaran adalah pemikiran umum yang perlu dibentuk dalam benak fikiran masyarakat kerana pemikiran umum inilah yang akan mengawasi segala tindak tanduk mereka sehinggakan mereka berani mengatakan kebenaran dan mengatakan tidak pada kemungkaran. Pembentukan pemikiran umum yang baik tidak sekali-kali akan mengecewakan individu kerana ianya memberikan kebaikan kepada masyarakat sekitarnya.
Justeru, Islam menggalakkan penganutnya agar melakukan perkara-perkara yang makruf dan melarang melakukan perkara-perkara yang mungkar. Islam juga menggesa penganutnya agar memberikan bimbingan dan panduan bagi menghalang orang yang sesat dari melakukan keburukan. Dengan adanya bimbingan dan pertunjuk dari orang-orang yang mulia, masyarakat akan berada dalam kebaikan. Dengan demikian, al-Qur'an menganggap "galakan untuk melakukan makruf dan melarang dari perbuatan mungkar" sebagai simbol atau tanda bagi "umat atau bangsa yang mulia", firman Allah, maksudnya: "kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia yang menyeru kepada yang makruf dan mencegah yang mungkar dan beriman kepada Allah.
Islam menganggap orang yang melakukan kesalahan dan dosa sebagai penghancur dan perosak sendi-sendi masyarakat. Seandainya, orang-orang yang baik tidak menegur mereka, maka dibimbangi mereka akan terhumban dalam lembah keburukan dan di sebalik keburukan itu ialah kehancuran yang akan meruntuhkan sesuatu bangsa.
Islam juga menjelaskan bahawa perbuatan mendiamkan diri dari menyeru ke arah perkara makruf dan melarang daripada perkara yang mungkar akan membawa kepada perpecahan suatu bangsa dan akan memutuskan hubungan silatulrahim, hubungan kekeluargaan, bangsa dan agama di antara anggota-anggotanya, kerana keburukan akan membawa kepada perpecahan manakala kebaikan membawa kepada kesatuan dan perpaduan.
Perpaduan dapat dibina atas dasar kebaikan. Sifat ini bukan sahaja dapat menjalinkan perpaduan di antara individu di dalam suatu bangsa, malah ia dapat memupuk perpaduan di kalangan pelbagai bangsa. Andainya konsep "keadilan" dapat dipraktikkan dan dijadikan dasar dalam setiap negara, maka sudah tentu peperangan dapat dielakkan dan perasaan dengki serta iri hati antara masyarakat dunia akan turut lenyap. Andainya konsep "pemberian ikhlas" yang diasaskan kepada perasaan kasih sayang dapat, dijalankan antara negara- negara di dunia ini dan juga antara satu individu dengan individu yang lain, maka sikap mementingkan diri dan tamak kepada kekayaan harta benda dapat dielakkan. Bahkan, akan wujud perasaan mahabbah dan mengutamakan orang lain berbanding diri sendiri.
Keadilan merupakan teras dalam perundangan Islam. Tanpa keadilan, sistem sosial masyarakat Islam khususnya akan tidak sempurna. Firman Allah yang bermaksud, "sesungguhnya Kami telah mengutus rasul-rasul Kami dengan membawa b,akti-bukti yang nyata dan telah Kami turunkan bersama-sama mereka al-Kitab dan neraca supaya manusia dapat melaksanakan keadilan dan Kami ciptakan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan berbagai manfaat bagi manusia". Jadi, berdasarkan ayat ini jelaslah bahawa keadilan merupakan syiar bagi seluruh agama khususnya agama Islam yang dibawa oleh para Anbia..Keadilan itu terbahagi kepada tiga bahagian iaitu keadilan undang-undang, keadilan sosial (masyarakat) dan keadilan sejagat (antarabangsa).
Keadilan undang-undang
Apa yang dimaksudkan dengan "keadilan undang-undang" ialah bahawa undang-undang itu dikenakan ke atas semua orang secara sama rata tanpa dibezakan di antara yang kaya dengan yang miskin dan tanpa sebarang perbezaan berdasarkan warna kulit, bangsa mahupun agama, juga tanpa sebarang perbezaan di antara orang yang jahil dengan orang yang terpelajar, malah ke semua mereka adalah sama sahaja di sisi undang-undang.
Keadilan sosial
Keadilan sosial bertujuan supaya setiap orang dapat hidup di dalam masyarakatnya dengan kehidupan yang mulia tanpa sebarang penindasan dan juga memberi kesempatan kepada mereka untuk memperguna kebolehan yang ada padanya untuk faedah diri dan juga untuk faedah masyarakat.
Keadilan sosial tidaklah bertujuan supaya kemiskinan dapat dihapuskan dalam kehidupan ini, malah ia hanya bertujuan supaya dapat diringankan sedikit kesengsaraan yang dihadapi oleh golongan miskin supaya ia tidak merasa iri hati dan dengki terhadap golongan kaya serta memberi peluang kepada orang kaya untuk bersedekah kepada mereka.
Rasulullah SAW pernah bersabda,"manusia adalah seperti unta, seratus daripadanya tidak mempunyai penunggang". Manusia yang -teristimewa secara mutlak di dalam pemikiran serta kekuatan pada umumnya adalah jarang sekali, mereka adalah berada di peringkat kemuncak, di bawah mereka pula terdapat bilangan yang agak ramai, bilangan tersebut makin bertambah apabila kedudukannya hampir kepada peringkat bawah”. Jadi di sini jelas bagi kita bahawa kekuatan manusia bolehlah digambarkan dalam bentuk piramid di yang kemuncaknya adalah tirus dan bahagian bawahnya melebar luas.
Dalam hal ini agama Islam telah mengemukakan tiga sumber untuk memenuhi keperluan orang-orang yang berkehendakkan bantuan sehingga keperluan-keperluan mereka dapat dipenuhi. Sumber-sumber tersebut ialah:
i. Harta Baitulmal. Setiap kemasukan Baitulmal yang dikhususkan untuk orang-orang miskin adalah menjadi hak mereka dan wajib dikeluarkannya kepada mereka secara teratur.
ii. Sumber zakat. Pengeluaran dari sumber ini hendaklah didahulukan kepada fakir miskin dan mereka yang terputus perbelanjaan semasa dalam perjalanan, jadi mereka hendaklah diberi peruntukan dari harta zakat.
Keadilan sejagat ( antarabangsa )
Perhubungan di antara orang Islam dengan orang bukan Islam adalah dijalinkan atas dasar kasih sayang selagi mana ianya tidak bertentangan dengan Islam sepertimana yang dijelaskan oleh Allah dalam firman-Nya, maksudnya, "Allah tiada melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama dan tidak pula mengusir kamu dari negeri kamu. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berlaku adil. Allah hanya melarang kamu menjadikan sebarang kawan kamu dari orang-orang yang memerangi kamu kerana agama dan mengusir kamu dari negeri kamu dan membantu untuk mengusir kamu, dan barangsiapa yang menjadikan mereka itu sebagai kawan, maka mereka itulah orang-orang yang zalim "
Orang Islam mestilah menjalankan keadilan biar betapa kuat sekalipun permusuhan itu. Allah berfirman, maksudnya, "dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum mendorong kamu untuk tidak berlaku adil, berlaku adillah, kerana adil itu lebih hampir kepada takwa". Ertinya janganlah kerana kebencian yang melulu itu mendorong kita bersikap tidak adil, kerana keadilan adalah merupakan hak suci yang ditentukan dan sama-sama dinikmati oleh pihak musuh, dengan sebab itu apabila mereka melakukan permusuhan, maka undang-undang keadilan menghendaki supaya ditentang permusuhan tersebut selaras dengan firman Allah, "barang siapa yang menyerang kamu, maka serangilah ia selaras dengan serangannya terhadap kamu, bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah bahawa Allah berserta orang-orang yang bertakwa".
Inilah ulasan secara ringkas mengenai matlamat dan cita-cita yang dituntut oleh Islam untuk membentuk sebuah masyarakat harmoni yang dinaungi oleh unsur-unsur kebaikan. Segala didikan dan pengamalan ajaran Islam itu hendaklah diterapkan dalam setiap diri individu agar matlamat kemasyarakatan dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian.
Rujukan :
Penyusunan masyarakat dalam Islam
Ahad, 6 September 2009
Apa dah jadi dengan Malaysia?
Bukankah Allah telah mengingatkan kita dalam firman-Nya yg bermaksud "Jgnlah kamu mencela atau memaki hamun sembahan mereka selain Allah,nanti mereka juga akan memaki hamun tuhan kamu kerana marah tanpa sebarang ilmu pengetahuan" al-An'am ayat 108..Allah itu amat mengetahui akan sesuatu..maka tidak mungkin & tidak mustahil kalau org hindu ini bangkit menghina Islam..so,jgn lah org2 sprt ini (umno) menyesal di kemudian hari..gara2 tindakan mereka ,seluruh umat Islam akn merasa akibatnya kelak..& mungkin tidak mustahil kalau2 kelak akan berulangnya peristiwa 13 Mei..
Cuba kita fikir sejenak,dalam kehidupan seharian kita,masjid di penempatan kita yg melaungkan azan sebanyak 5 kali sehari yg mana disekitarnya terdapat org yang bukan beragama Islam..pernahkah mereka memprotes tindakan kita dgn mengadakan demonstrasi.?fikirkan ...tetapi kita? begitu cepat melatah dengan mengadakan demonstarasi,dek kerana hal kuil..dah la plk 2 menghina agama lain..utk akhirnya...sedarlah manusia yg tersalah tindakan ini,jgnlah kita terlalu mengikutkan kemarahan nafsu,krn kelak kita yang rugi,jgnlah krn nila setitik rosak susu sebelanga..kerana tindkn sedemikian,memberi fitnah kpd agama..sdngkan Islam tidak mengajar penganutnya berbuat demikian..SELAMATKAN MALAYSIA,SELAMATKAN PERSELISIHAN
Isnin, 31 Ogos 2009
teater islamik FESKUM'09
Saat kelahiran seorang bayi amat dinantikan oleh seorang ibu dan bapa.penantian itu ibarat menanti sebuah kehidupan yang abadi dan harmoni, bersama bayi yang dilahirkan dengan rasa kasih dan sayang.belaian manja dihadiahkan oleh ibu tersayang. bagai menatang minyak yang penuh.tanpa ada sedikit pun yang kurang.tapi setelah kita meningkat remaja kita alpa dengan apa yang telah dihadiahkan oleh ibu kita.sehinggakan ada yang sanggup menengking dan meninggikan suara kpd ibunya..ingatlah... tanpa mereka tiadalah wujud kita di dunia ini.mereka lah permulaan kpd hidup kita...hormati,,,dan kasihilah mereka selagi masa masih ada..usahlah kita menunggu masa,krn masa tidak menunggu kita...
