Isnin, 31 Ogos 2009

teater islamik FESKUM'09


Saat kelahiran seorang bayi amat dinantikan oleh seorang ibu dan bapa.penantian itu ibarat menanti sebuah kehidupan yang abadi dan harmoni, bersama bayi yang dilahirkan dengan rasa kasih dan sayang.belaian manja dihadiahkan oleh ibu tersayang. bagai menatang minyak yang penuh.tanpa ada sedikit pun yang kurang.tapi setelah kita meningkat remaja kita alpa dengan apa yang telah dihadiahkan oleh ibu kita.sehinggakan ada yang sanggup menengking dan meninggikan suara kpd ibunya..ingatlah... tanpa mereka tiadalah wujud kita di dunia ini.mereka lah permulaan kpd hidup kita...hormati,,,dan kasihilah mereka selagi masa masih ada..usahlah kita menunggu masa,krn masa tidak menunggu kita...

Sabtu, 29 Ogos 2009

ertinya merdeka...

pejam celik.pejam celik.dah 52 tahun kita merdeka.alangkah bersyukurnya kita sebagai rakyat malaysia dapat mengecapi kemerdekaan ini.tiap kali tibanya ulang tahun kemerdekaan kita akan berasa sungguh gembira dek kerana kejayaan malaysia ini..ramai orang yang akan menyambutnya..malah ada yang sanggup turun ke dataran merdeka untuk meraikan kemerdekaan ini..alangkah banyaknya hiburan yang dihidangkan kepada kita untuk meraikannya..apakah hiburan itu memberi kesan yang besar dalam memperingatkan kita kepada hari kemerdekaan? apakah tiada cara lain yang lebih bermanfaat dan berguna selain itu?cuba kita renungkan, apakah kesan yang ada selesai sahaja sambutan seperti ini diadakan?tentu sahaja tiada memberi kesan yang baik.kalau ada pun hanyalah sedikit.ingatlah kita selaku hamba allah,jangan lah kita lupa bahawa kemerdekaan ini hanyalah sementara.allah bisa menarik nikmatnya,seandainya kita alpa..justeru,kemerdekaan ini hendaklah kita manfaatkan dengan sebaiknya,dengan sesuatu yang boleh membangunkan dan memajukan kita.kerana kita tidak mahu dijajah kembali.ingatlah kita akan pejuang kita yang sanggup bergadai nyawa untuk mempertahankan tanah air tercinta ini drpd dijajah,tetapi kita?,telah membiarkan pemikiran kita dijajah..

madrasah ramadhan


tibanya sahaja bulan ramadhan,Allah akan memberikan segala ganjaran yang berlipat kali ganda kepada kita berbanding bulan2 yang lain.sehinggakan ada dikalangan sahabat nabi yang menyatakan,alangkah baiknya kalau bulan lain itu seperti bulan ramadan..kerana apa?kerana mereka inginkan makanan yang sedap2,boleh mendapat makanan free setiap kali berbuka puasa? kenyataan ini sama sekali tidak!. kerana mereka ingin mengejar ganjaran yang dijanjikan oleh Allah..apakah kita seperti mereka? yang berlumba2 mengejar ganjarannya? renungkan bersama..jadikanlah bulan Ramadan ini bulan yang mendidik & mentarbiyyah jiwa kita dalam melakukan kebajikan & amal.kerana apa?..kerana kita ingin mengejar taqwa di sisi Allah..bukan bermakna kita mencari taqwa itu di bulan Ramadan sahaja..akan tetapi bulan2 lain pun kena turut sama..dan bukan sahaja tqwa itu kita peroleh drpd puasa,tetapi semua syriat-Nya hendaklah kita akur dgn melaksanakannya..agar kita menjadi insan yg sebenar2 taqwa disisi-Nya.